Total Pageviews

Rezeki

Tuesday 11 September 2012

Tahnik

Salam semue..
lame dah xmenjengah blog ni.anak slalu kacau,jadi payah sket.Lagipon,taknak die exposed sangat ngan gadget ni.Stakat untuk bantuan pembelajaran ape salahnye kan.Tapi biar ade limit.
Sementare beronline ni saya nak berkongsi sket dgn pembaca2 alam maya semue.
Sumber dari buku "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT" hasil penulisan Dato'Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid terbitan Telaga Biru.Kawan2 boleh dapatkan buku ni dgn harga RM55/.Bagus untuk rujukan kita sehari-hari sbg umat Islam. Simple, lengkap dgn gmbr rajah dan cara2 semue. Dan bagi sy ia mudah untuk difahami.
Ok,berbalik kite pada tajuk "Bertahnik".
Ape tu Bertahnik?
Lepas bace baru th,tahnik ni rupenye "beloh mulot"org terengganu kt. Ayat mudah,membuka atau memecah mulut bayi yg br lahir dgn buah tamar(kurma) yg dikunyah oleh org alim atau bertakwa. Saya still lagi ingt,mak sy bercerita psl  belah mulut adik bradik kami. Sy ingt ni adat org dulu2 je. Tapi dlm buku ni kt, ada ANJURAN dlm Islam dlm laksanakan Tahnik.


Sumber : Google
Caranya:
Isi buah tamar yg telah dikunyah diletakkan di jari telunjuk & dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulut. Lakukan sehingga kurma menyentuh seluruh mulut bayi sampai rongga tekak bayi.
Kunyahan buah kurma DIGALAKKAN dilakukan oleh org alim & bertakwa supaya berlaku aliran barakah.

Hadis Abu Burdah drpd Abu Musa r.a:
"Aku telah mendapat seorang anak,kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW,Baginda menamakannya Ibrahim,lalu mentahnikkannya(memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Diriwayatkan daripada Asma' bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin Zubeir di Makkah. Selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba'. Semasa Abdullah dilahirkan, beliau dibawa kepada Rasullulah SAW lalu diletakkan di atas ribaan Baginda. Baginda selepas itu berdoa dan mengunyah sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah.

Antara hikmah Bertahnik adalah untuk:
1) Menguatkan saraf mulut utk bayi memulekan penghisapan susu ibu dengan baik.
2) Melatih bayi makan atau minum

Bila Bertahnik?
  • Hasil googlelan, dlm kitab sahih Al-Bukhari, "mengtahniknya petang kelahiran sekali pun belum dilakukan akikah". Maksudnya,kalau bayi tersebut dilahirkan pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya.
  • Disebut dalam al-Majmuk, bahawa sunah melakukan tahnik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443)


Jadi, amalan tahnik perlu disegerakan sebaik shj kelahiran bayi.

So, pada bakal2 ibu,yg pasang niat nk full BF,pesan kat suami,ibu,ayah segerekan tahnik sebaik shj bersalin.InsyaAllah pemprosesan BF ni mudah untuk kite dan anak2 yg bakal lahir.
Kita perlu ingat panduan ni datang dari Nabi SAW yg pasti baik untuk zuriat dan generasi kita. Diharap mereka akan menjadi anak2 yg soleh solehah dan dilindungi Allah SWT.Amin

P/S: Klu xde kurma blh gantikan dgn gula or madu lebah ye. Atok Zahra bagi minum air zamzam  jugak lepas tahnik tu.

Nota: Dulu xsempat tgk tahnik kt mulut Zahra masa atok die buat. Time tu tido penat sgt...huhu sedey...

No comments:

Post a Comment

Kelip kelip nak kata