Total Pageviews

Rezeki

Showing posts with label Cita Punya Cita. Show all posts
Showing posts with label Cita Punya Cita. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

Berkenaan Solat Dhuha

Bismillah...


Assalamualaikum w.b.t


Saya senyum ni ^_^ . Sebab ini adalah entry pertama saya untuk tahun 2015. Alhamdulillah, hari ini dipermudahkan untuk update blog. Saya rindu nak taip panjang2, tapi yang mana utama, saya dahulukan. Anak-anak tak senang dudok bila tengok mama dengan laptop. Nak buat kerja sama cam mama. Tekan-tekan keyboard.

So, untuk kali ni, entry pertama untuk 2015, saya nak berkongsi cerita berkenaan Solat Dhuha. Ini adalah cerita yang saya baca dari Facebook dan copy paste di blog saya untuk tatapan dan ilmu akhirat buat rakan2 yang blogwalking dan tercari-cari berkenaan dengan Solat Dhuha. 

Cerita ni saya copy paste dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz. Dari apa yang saya tahu, Ustaz ni mengajar orang mengaji. So, sape2 yang nak belajar baca Al-Quran dan melancarkan lagi bacaan Al-Quran boleh Follow dan buka FanPage Ustaz ni (Klik sini) dan ambik contact no. beliau ye. ^_^

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menukar persepsi kita tentang Solat Dhuha




HAKIKAT REZEKI DALAM SOLAT DHUHA : BY USTAZ MOHAMMAD ASRAFF AYOB Al-HAFIZ
.
Seseorang berdiskusi dengan saya, 'Ustaz, mengapa saya kerap solat Dhuha tetapi rezeki perniagaan macam biasa je, tak naik pun?'
Saya tidak terus menjawabnya. Saya memerhatikan anak muda ini dari atas ke bawah. Benar apa yang dipercayainya. Ada banyak hadith yang menjelaskan solat dhuha umpama 'magnet' penarik rezeki.
Cuma, dia sedang bergelut dengan problem sama yang pernah saya alami dahulu. Sebelum ini, saya banyak mengaitkan konsep rezeki yang diinginkan melalui solat dhuha dalam bentuk material.
Kerana itu ketika berdoa, saya banyak fokuskan hajat terkini : rezeki wang banyak, projek menjadi, untung besar dlm bisnes, beli kereta baru, rumah baru. Anda tambah sahaja senarainya yang takkan habis-habis itu.
Semuanya material.
Tetapi Allah s.w.t lebih Maha Tahu apa keperluan terbaik untuk kita. Jarang Dia kabulkan niat 'rezeki material' saya itu. Adalah dua-tiga tapi tidak semua. Apabila ia berlaku, mulalah syaitan menyucuk jarum. Saya mula fikir Allah 'buat tak tahu' dengan doa saya.
Alih-alihnya saya berprasangka, 'buat letih je solat dhuha...tak mujarab sangat pun sebab rezeki tahap tu juga....'
Dari bersungguh solat awal pagi, akhirnya solat dhuha dilakukan sesekali. Nampaknya syaitan telah menang. Menang besar, sebab saya dah malas nak 'connect' dengan Tuhan.
Sedih kan, cepat sangat kita kalah dengan setan.
Tetapi, Tuhan masih 'memandang' saya ketika itu. Dia datangkan ilham & kesedaran untuk memperbetulkan semula apakah maksud rezeki yang dijanjikan dalam amalan solat dhuha.
Kefahaman baru ini benar-benar menyegarkan. Ia menjadikan saya lebih bersemangat kekalkan solat dhuha, tidak kiralah rezekinya banyak atau ciput.
Saya kongsikannya kepada si penyoal : 'sebenarnya, rezeki yang dimaksudkan dalam amalan solat dhuha tidak terbatas kepada material. Ada banyak rezeki yg Tuhan bagi setiap hari, F.O.C (free of charge) di mana ia sebenarnya jauh lebih besar nilainya dari kereta mewah yang kita idamkan.
Lihat rezeki kesihatan yang Tuhan kekalkan. Bukankah ia priceless? kalau tak percaya, tanyalah mereka yang ditimpa kemalangan atau sakit kronik. Tuhan sahaja yang tahu ongkosnya. Contohnya sakit belakang saya sekarang. Bila dah jadi begini, baru saya tahu nikmat main bola. Nikmat jogging. Nikmat sujud dalam solat (sbb la ni masih belum boleh membongkok).
Nasib baik Tuhan tarik sementara kerana Dia masih sudi lagi kongsikan penyembuhnya.
Si penyoal terdiam.
Saya teruskan bicara, 'Lihat pula rezeki anak. Rezeki ada isteri. Rezeki ada ibu-bapa. Semua ini amaaaaat priceless. Kebahagiaan yang mereka kongsikan dalam hidup kita takkan ternilai. Cukup anak kita lewat pulang ke rumah, pening kepala, tak tidur malam kita dibuatnya....'
Tapi rezeki terbesar adalah kita masih beragama islam. Masih ada iman. Masih nak solat, masih nak baca Quran. Itu yg paling utama utk dihargai, sebab selagi semua ini ada, peluang kita utk mengecap 'bapa rezeki' - masuk syurga terbuka luas....'
Apapun, saya tutup pandangan saya dengan poin ini : solatlah dhuha dengan pemikiran BERTERIMA KASIH, bukan meminta, sebab Tuhan already bagi berjuta rezeki kpd kita tanpa diminta sedikitpun.
Fokuskan solat dhuha dengan minda syukur bukannya 'asking'. Anda akan diberi Tuhan segala yang diimpikan without asking pun sebab, Tuhan tahu semua dalam hati kita. Dia 'can read our mind'.
Dirikan solat dhuha dengan mentaliti syukur. Hidup anda akan lebih 'beautiful'.
Tentang rezeki spesifik kita yang senarainya berjela-jela itu, jangan risau. Tahulah Dia aturkan 'big surprise' kepada kita.
Just, kekalkan 'connection' solat dhuha denganNya.
Percayalah.
.
.
Us. Asraff Ayobb

Lepas doa solat dhuha, jangan terus bangun. Bacalah sedikit zikir, istighfar, selawat dan Al-Quran. Baru Tuhan lebih 'happy' & redhoi.


#End Copy and Paste (FanPage Ustaz ni (Klik sini))

Sharing is Caring,
Sharing is Loving,
Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Tuesday, 2 December 2014

KISAH PESANAN TERAKHIR SEORANG AYAH BUAT DUA ANAKNYA DAN BAGAIMANAKAH MEREKA BERFIKIR...

Kisah ini hanyalah merupakan kisah rekaan namun ianya sarat dengan pengajaran tentang bagaimana cara kita berfikir untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Bagaimana satu benda yang sama, boleh dilihat secara berbeza, bergantung kepada persepsi yang kita ada.
“MINDSET”
Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu.”
“Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun.”
“Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung.”
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yang sangat mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya, “Wahai anak sulungku, kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”
Si sulung menjawab,
“Saya mengikuti pesan ayah bu…”
“Saya dilarang menagih hutang daripada siapa pun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya.”
“Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi.”
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bongsu yang keadaannya berbeda jauh.
Si bongsu sukses menjalankan perniagaannya.
Sang ibu pun bertanya, “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bongsu menjawab,
“Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..”
“Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh.”
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat.”
Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA, namun masing-masing memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.
Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dr kisah ini..
Hati-hatilah dengan Mindset kita.. Mindset positif memberi hasil yang menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil yang pasti menghancurkan.


"Be Like A Duck Above The Surface,
Look Calm & Unruffled.
But Below The Surface Paddle Like Hell !"


Ubah Cara Fikir,
Ubah Hala Tuju Hidup,
Menjadi Lebih Postif.
Love,
enotots[dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

#For business opportunities (Part Time/Full Time) Feel Free To Contact Me Through SMS/Whatsapp
#Jika anda berminat untuk mencari peluang perniagaan/menambah pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa, sila hubungi saya di talian di no. yang tertera seperti di atas.