Total Pageviews

Rezeki

Showing posts with label Catatan Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Catatan Dari Hati. Show all posts

Sunday, 6 March 2016

Shopping Part 1

06032016 - Ahad (3.30am)
---------------------------------

Bismillah...
Dah pukul 3 pagi, belum tidur. Esok sure mengantuk. Tapi sebab rindu nak berblog, tak yahlah fikir sangat pasal hal mengantuk esok ni. Lagi pun, kalau tertidur atas sofa, kakak Zahra ada. Dia boleh tolong kejut. Dalam erti kata lain, menjerit. Hahaha...baik punya sound sistem.

Harini nak bercerita santai-santai jek. Terkenang, sebab dah 5 tahun kawin, bergelar isteri, ibu dan suri rumah. Rindu zaman-zaman dulu. Sapa tak rindu beb. Zaman bujang, zaman bekerja, zaman bergaji bershopping. Sekarang shopping jugak. Tapi keadaan tak sama. rasa banyak online dari offline. Kalau keluar pun setakat keluar makan je. Sebab ada anak kecik. Bila menyusu badan ni, anak-anak, more ngan mama dari papa. Papa dicari bila time gurau senda kasar jek. Lagi satu, laki ni, bila wife shopping, bab menunggu dia ok. OK kalau anak-anak dah boleh bawak diri. Kalau yang baby ni, en.suami ni jadik tak keruan. Korang tanyala soalan macam sesuai tak baju ni, ok tak color ni, cantik tak...Semua dia akan cakap ok. Dan yang tak best, bila dia cakap "Cepatlah, anak nangis. Anak taknak dok diam, taktahu nak ape. Ambik jela baju tu pun."

Hah dah balik ambik engko. Maka terjadilah episod, alamak nyesal tak ambik. Alamak nyesal ambik yang ni, tak lawa plak. Kengkonon, salah cermin umah. Sebab masa try kat bilik fitting, cermin tu buat nampak cantik je pakai...Slim melim...Lawa ada style macam Che Ta. Owh pasrah...Maka terperaplah baju yang baru beli dalam wardrobe. Dan mencari kekuatan dan keyakinan balik untuk pakai baju tuh...Itu hakaklah...hahaha...Ohhh...ku tak mau kenang-kenang lagi.

Sekarang, banyaklah bershopping online. Ini lagi sedih. Bila beronline ni, mudah tu mudah. Pilihan pun banyak. Tapiii, disebabkan pilihan banyak lah buat kepala jadi feninggg. Mula datang tamak. 1 tak cukup, ambik dua. Bila bukak, online web lain, beli lagi. Tengok-tengok dah susut duit akaun. Waaa...Yela, bila online pakai akaun sendiri, takde orang nak marah. Ce kalo pegi bawak e.suami gi shopping kat mall, mau ada warning wooo...Tambah lagi pakai duit dia. Pastu, mendengar soalan-soalan standard wanita bila bershopping. Mau tak bising? hahaha...

Wuhuuu...Dah pukul 5 pagi. Dah mengantuk. Alahai, lagi 1 jam nak subuh. Nanti kita sambung Part 2. Nak mandi dulu bagi segar badan. Boleh solat terus.

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Sunday, 1 November 2015

Hana Raisya

Bismillah...

Alhamdulillah...puteri ke-3 kami, Hana Raisya binti Mohamad Hazwan selamat dilahirkan pada 8 Mei 2015.

Kalau Raisya nak tahu...Muka kamu sebijik macam muka kakak kamu, kakak Sofea masa baby.

Sayu plak hati mama bila baca entry mama pasal khas untuk kakak Sofea. 😢

Mama tahu kakak Sofea sabar dan tabah orangnya. Kalau nak tahu, dia yang paling banyak cium Raisya tau!

Kalau kene marah, Raisya yang dicari dulu. Kak Sofea akan peluk, cium kamu sampai penyet pipi kamu yang tembam tu tau. 

Bangun dari tidur, baby jugak yang disebut, di cari...Bertuahnya Eicha! 

Eicha tu panggilan nama yang paling perfect kakak kamu sebut. Al-maklum pelat...hahaha..

Ok,dah lewat. Selamat malam

Love,

Mama Hana.

01112015

Wednesday, 21 January 2015

Permata Hati Mama Yang Ke-2



Hana Sofea...

Begitu cepat masa berlalu, begitu pantas kamu membesar nak...

Sofea bakal bergelar kakak...
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah amanahkan buat mama.

Rasanya macam baru semalam mama lahirkan kamu dan sekarang anak mama Sofea dah 1 tahun 2 bulan.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kamu membesar dengan sihat, cantik dan bijak nak...

Dengan bakal ahli keluarga baru yang ditunggu-tunggu, mama harap tumpuan mama terhadap Sofea, tidak berkurang, sayang. Begitu juga buat kakak Zahra.

Doa mama, tetap bersama kamu, untuk anak-anak mama.

Sofea, anak mama...Mama doakan Sofea menjadi anak yang solehah, kakak yang bertanggungjawab sama seperti Kakak Zahra.

Semoga Allah memberi mama kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kecekalan hati dalam membesar anak-anak mama. Aameen3x Ya Rabbal 'alamin

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com


Saturday, 29 March 2014

Our 2nd Daughter In Da Houz'

Bismillah...
Assalamualaikum...
Dalam keributan #rememberingMH370, syukurilah segala nikmat yang kita ada.
Jadi, nikmatilah saat-saat indah di hadapan kita dengan penuh syukur ke hadrat Illahi.
Alhamdulillah.

Itu mukadimah, permulaan untuk pembuka bicara entry 2014. Padahal dah dekat End of March.
Anak ke-2 pun dah hampir genap RM5 ribu..eh bukan 5 bulan...ok takde kene mengene duit ngan umur...abaikan.

Ini my 2nd daughter Hana Sofea Binti Mohamad Hazwan. Lahir 11 November 2013 jam 9.21 malam. Complete. Kalau tengok IC no. kat birth certifite dah confius sbb 20131111-10-XXXX. Banyak sangat nombor 1. Agaknye, kalo balik ganu, mau IC no. 20131111-11-XXXX. Agaknye camnelah yg lahir 2011 kat Terengganu. 20111111-11-1111...Allahuakbar. Lagi unik. OK, dah melalut pasai IC pulak.



Gambar ni, masa time aqiqah. Buat ketika dia umur 3bulan. Lambat, sebab cuti berpantangku kat kampung adalah selama 3 bulan. Aqiqah kat kampung, cam kesian pulak kat mak ayah. Orang kampung suke rewang, pulak tuh hujung tahun. Kat pantai timur, musim hujan aka tengkujuh...banjir. Tak bestlah. Menyusahkan mak bapak. So, balik KL, buat umah mak mertua.

Pengalaman bersalin? Mesti 1st time mommy, nak bace kan. Nak tahu, bersalin kat mane, kos brape, doktor mane, pakai selipar jepun ke mase bersalin?...Eh salah.
Nanti saya share ye. Yang pasti, my 2nd experienced with Dr. Norfidak kat Tropicana, Allahuakbar. Rase cam nak beranak kali ke-3. Takut tuh ada. Tapi, Masha'Allah, Allahuakbar, lain kali ni, compare yang kakak bersalin kat PPUM.

Nanti sambung k. Pumping session dah stop. So, nak sambung keje lain plak.
Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk penulisan tuh, dari saya sendiri.

Assalamualaikum.
w.noorrizah@gmail.com
(enotots@blogspot.com)