Total Pageviews

Rezeki

Saturday 22 September 2012

Masterchef US 3 vs Masterchef Malaysia 2

Salam semua...
Semalam tengok replay audition Masterchef US 3. Suke tengok Joe Bastianich..Asal rase je makanan,tenung orang..sikit pon xnak senyum.Lagi satu peserta yg g audition.Matsaleh ni biaselakan,kalau masuk audition macam2 gaye..
Yang klaka, ade contestant yang bawak masuk kude (siap kencing kat situ mase tuan die tgh buat last preparation untuk present food for all 3 judges). Kalo Malaysia agaknye dh lama kene halau ngan pak guard.Ye dak?! hahahaha..Pastu ade bawak puppetla,nyanyi lagu suprano la..Yang paling saya kagum, bile sorang contestant perempuan yang BUTA..Ya,buta..Dan yang terkejutnya, die lepas untuk audition tu..Hebatla..Jadi boleh tengok kat Astro StarWorld (711) channel or StarWorld HD (722).
Tak sabar nak tunggu ahad ni, nak tengok blind woman to boleh pegi next level ke tak..Hati pon xsabar jugak nunggu ari isnin..Adam & Hawa

Sumber: Google

Masterchef Malaysia 2 pun ape kurang hebatnyekan...Orang cantik pon boleh masak..hahaha..pada sape yang tengok mesti tahukan..hahaha..
Pastu ade sorang peserta ni bagitahu masuk program realiti masakan ni, sebab die menganggur. Die pelajar perguruan tapi xdapat posting, dan tengah menganggur. Dari Penang kalau tak salah saya. Bagus dik,ade inisiatif untuk cari duit..Budak ni lepas audition tapi sayang die tak berjaya masuk top 24 kalau tak salah saya. Mungkin rezeki tempat lain ye dik...
So, boleh tonton kat Astro channel (104) Astro Ria atau Astro Mustika HD (134) lepas tu sambung tengok Adam & Hawa..hehehe

Sunmer: Google

P/s: Saya lagi suke tengok Masterchef Selebriti Malaysia, sebab Azwan Ali..Name hidangan die, hahahaha..boleh gelak bile dengar




Tuesday 11 September 2012

Tahnik

Salam semue..
lame dah xmenjengah blog ni.anak slalu kacau,jadi payah sket.Lagipon,taknak die exposed sangat ngan gadget ni.Stakat untuk bantuan pembelajaran ape salahnye kan.Tapi biar ade limit.
Sementare beronline ni saya nak berkongsi sket dgn pembaca2 alam maya semue.
Sumber dari buku "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT" hasil penulisan Dato'Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid terbitan Telaga Biru.Kawan2 boleh dapatkan buku ni dgn harga RM55/.Bagus untuk rujukan kita sehari-hari sbg umat Islam. Simple, lengkap dgn gmbr rajah dan cara2 semue. Dan bagi sy ia mudah untuk difahami.
Ok,berbalik kite pada tajuk "Bertahnik".
Ape tu Bertahnik?
Lepas bace baru th,tahnik ni rupenye "beloh mulot"org terengganu kt. Ayat mudah,membuka atau memecah mulut bayi yg br lahir dgn buah tamar(kurma) yg dikunyah oleh org alim atau bertakwa. Saya still lagi ingt,mak sy bercerita psl  belah mulut adik bradik kami. Sy ingt ni adat org dulu2 je. Tapi dlm buku ni kt, ada ANJURAN dlm Islam dlm laksanakan Tahnik.


Sumber : Google
Caranya:
Isi buah tamar yg telah dikunyah diletakkan di jari telunjuk & dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulut. Lakukan sehingga kurma menyentuh seluruh mulut bayi sampai rongga tekak bayi.
Kunyahan buah kurma DIGALAKKAN dilakukan oleh org alim & bertakwa supaya berlaku aliran barakah.

Hadis Abu Burdah drpd Abu Musa r.a:
"Aku telah mendapat seorang anak,kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW,Baginda menamakannya Ibrahim,lalu mentahnikkannya(memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Diriwayatkan daripada Asma' bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin Zubeir di Makkah. Selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba'. Semasa Abdullah dilahirkan, beliau dibawa kepada Rasullulah SAW lalu diletakkan di atas ribaan Baginda. Baginda selepas itu berdoa dan mengunyah sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah.

Antara hikmah Bertahnik adalah untuk:
1) Menguatkan saraf mulut utk bayi memulekan penghisapan susu ibu dengan baik.
2) Melatih bayi makan atau minum

Bila Bertahnik?
  • Hasil googlelan, dlm kitab sahih Al-Bukhari, "mengtahniknya petang kelahiran sekali pun belum dilakukan akikah". Maksudnya,kalau bayi tersebut dilahirkan pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya.
  • Disebut dalam al-Majmuk, bahawa sunah melakukan tahnik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443)


Jadi, amalan tahnik perlu disegerakan sebaik shj kelahiran bayi.

So, pada bakal2 ibu,yg pasang niat nk full BF,pesan kat suami,ibu,ayah segerekan tahnik sebaik shj bersalin.InsyaAllah pemprosesan BF ni mudah untuk kite dan anak2 yg bakal lahir.
Kita perlu ingat panduan ni datang dari Nabi SAW yg pasti baik untuk zuriat dan generasi kita. Diharap mereka akan menjadi anak2 yg soleh solehah dan dilindungi Allah SWT.Amin

P/S: Klu xde kurma blh gantikan dgn gula or madu lebah ye. Atok Zahra bagi minum air zamzam  jugak lepas tahnik tu.

Nota: Dulu xsempat tgk tahnik kt mulut Zahra masa atok die buat. Time tu tido penat sgt...huhu sedey...