Total Pageviews

Rezeki

Thursday, 14 March 2013

Untuk Para Isteri Sekalian

Satu hari ketika saat Nabi Muhammad SAW mengetuk pintu minta izin untuk masuk,lalu Siti Khadijah berkata "Tunggu dulu Ya Rasulullah...Jangan masuk lagi Ya Rasulullah..."
Siti Khadijah masuk ke bilik untuk menukar baju, pakai baju cantik-cantik. Dia persiapkan dirinya agar kelihatan menawan. Siti Khadijah mengambil minyak wangi. Dia sembur minyak wangi untuk Rasulullah.
Setelah selesai, Siti Khadijah pun berkata "Ya Rasulullah, silakan masuk Ya Rasulullah."
Bila Nabi masuk sahaja bilik Nabi menyebut "BAITI JANNATI" (Rumahku Syurgaku).

Difahamkan, rumah Nabi hanya pondok biasa sahaja. Manakan ada so mewah. Tidur pun beralaskan pelepah tamar, sehinggakan bila Nabi tidur pun melekat bekas-bekas pelepah tamar di belakang Nabi. Tapi Nabi tetap mengungkapkan perkataan BAITI JANNATI kerana di dalam rumahnya mempunyai isteri yang cukup solehah iaitu Siti Khadijah





Doaku Untuk Suami Tercinta


LOve,
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Kelip kelip nak kata